CBSE Class 10 Bhasha Malyeu Sample Paper for Exam 2021-22

(SUBJECT CODE – 099) CLASS: 10

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

  1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

  2. Bahagian A terdiri daripada soalan 1 yang mengandungi dua bahagian iaitu ( i ), dan ( ii ).

    Anda wajib menjawab kesemua bahagian tersebut.

  3. Bahagian B terdiri daripada soalan 2 yang mengandungi satu bahagian sahaja. Anda dikehendaki menjawab semua soalan.

  4. Bahagian C terdiri daripada soalan 3 dan soalan 4 yang mengandungi 10 soalan tatabahasa berbentuk subjektif dan objektif. Jawab semua soalan.

  5. Bahagian D terdiri daripada soalan 5 dan 6. Semua soalan dalam bahagian ini ialah soalan KOMSAS. Anda dikehendaki menjawab semua soalan.

  6. Anda dinasihati supaya mengambil masa 50 minit untuk menjawab Bahagian A, 40 minit

    untuk Bahagian B, 40 minit untuk Bahagian C dan 30 minit untuk Bahagian D.

  7. Anda dikehendaki menulis jawapan dalam kertas soalan yang telah disediakan.

  8. Anda diberi masa 15 minit untuk membaca kertas soalan. Anda tidak dibenarkan menulis atau membuat sebarang catatan dalam tempoh tersebut.

  9. Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat sahaja.

SOALAN 1

Bahagian A [ 10 markah ]

  1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.

    PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SUARA EMAS

    Anjuran

    Panitia Pendidikan Muzik

    Skolah Kebangsaan Tanjung Minyak, Melaka

    Anda berbakat dalam bidang nyanyian?

    Jangan lepaskan peluang ini.

    Segeralah mendaftar.

    Tarikh : 14 OKTOBER 2018

    Masa : 2:00 petang hingga 5:00 petang

    Tempat : Dewan Dahlia, Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak, Melaka Tarikh Tutup : 31 Julai 2018

    Syarat-syarat penyertaan:

    1. Terbuka kepada murid-murid Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 Daerah Melaka

      Tengah.

    2. Borang penyertaan diambil di pejabat Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak, Melaka.

    3. Lagu yang dipertandingkan hanyalah nyanyian solo.

    4. Peserta menyediakan cakera padat sendiri.

    5. Peserta memakai pakaian seragam sekolah dan tidak memakai aksesori.

    6. Kembalikan borang yang telah lengkap kepada Puan Marliza binti Abu Hanafiah, Ketua Panitia Muzik Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak.

    7. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

    8. Sebarang perubahan syarat pertandingan akan diberitahu kelak.

      Hadiah

      Pertama: RM 250.00, piala, dan sijil Kedua: RM 180.00, piala dan sijil Ketiga: RM 130.00, piala, dan sijil

      8 hadiah sagu hati: RM 60.00 dan sebatang rekoder

      1. Peserta yang mengambil bahagian perlu menyerahkan borang penyertaan

        1. selepas 31 Julai 2018.

        2. pada 14 Oktober 2018.

        3. dalam bulan Julai 2018.

        4. selepas 14 Oktober 2018.

      2. Siapakah yang dipelawa untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Solo Suara Emas?

        1. Semua ahli Kelab Pendidikan Muzik.

        2. Semua murid tahap dua Daerah melaka Tengah.

        3. Semua murid tahap dua ahli Kelab Pendidikan Muzik.

        4. Semua warga Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak, Melaka.

      3. Berapakah jumlah wang tunai yang perlu disediakan untuk para pemenang sagu hati?

        A. RM 1040.00

        B. RM 480.00

        C. RM 250.00

        D. RM 60.00

      4. Penyertaan peserta yang berikut akan ditolak oleh penganjur, kecuali

        1. peserta yang memakai lencana sekolah.

        2. peserta yang bernyanyi dengan iringan suara latar.

        3. peserta yang menghantar borang penyertaan pada 2 Ogos 2018.

        4. peserta yang belajar dalam tahun tiga Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak.

      5. Perkataan berbakat dalam petikan bermaksud A memiliki suara yang merdu.

      1. mempunyai kepakaran luar biasa.

      2. memiliki pengalaman yang hebat.

      3. mempunyai kebolehan semula jadi.

  2. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kerajaan telah mewartakan hutan antara khazanah alam yang mesti dipelihara. Oleh sebab itu, semua aktiviti yang dapat mengubah keaslian dan merosakkan hutan dilarang sama sekali.

Terdapat banyak sebab hutan perlu dipelihara. Tanpa hutan, kita tidak akan dapat menukmati keindahan panorama. Selain itu, hutan yang indah juga berfungsi untuk memelihara ekosistem dan mengekalkan udara bersih di muka bumi. Daun-dain menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen semasa proses fotosintesis. Oleh itu, sekiranya hutan ditebang, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan peratus karbon dioksida akan bertambah.

65 peratus daripada keluasan negara akan dilitupi hutan. Kawasan hutan yang luas ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan. Jika kita tidak mempunyai kawasan tadahan air hujan yang mencukupi, maka banjir besar dan banjir kilat akan berlaku.

Seterusnya, hutan merupakan sumber makanan bagi manusia dan haiwan. Pada hari ini, flora dan fauna di dalam hutan menjadi bahan kajian ahli sains biologi untuk kegunaan generasi pada masa akan datang.

Tumbuhan dan haiwan yang ada di dalam hutan sebenarnya hak kerajaan.

Kesimpulannya, hutan yang kaya dengan habitat alam semula jadi menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk berkunjung seperti hutan simpan di Taman Negara, di Kuala Tahan, Mulu di Sarawak, dan Sepilok di Sabah. Kemasukan pelancong sedikit sebanyak dapat meningkatkan dan memperkukuh ekonomi negara.

  1. Proses fotosintesis berlaku apabila daun-daun

    1. menyerap karbon dioksida kemudian melepaskan oksigen ke udara.

    2. menyerap oksigen kemudian melepaskan karbon dioksida ke udara.

    3. menyerap udara yang kotor kemudian melepaskan udara yang segar ke udara.

    4. menyerap karbon dioksida dan oksigen kemudian melepaskan udara yang segar ke udara.

  2. Kawasan hutan berfungsi sebagai kawasan

    1. hakisan.

    2. sumber alam.

    3. hutan simpan.

    4. tadahan air hujan.

  3. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang hutan di negara kita.

    1. Peratusan oksigen akan bertambah sekiranya hutan berkurangan.

    2. Lebih daripada separuh keluasan negara kita merupakan hutan.

    3. Ahli sains biologi mengkaji hutan untuk kegunaan generasi akan datang.

    4. Tumbuhan dan haiwan yang ada di dalam hutan kepunyaan negara.

  4. Yang berikut ialah sebab-sebab kita mesti memelihara hutan kecuali

    1. untuk mengekalkan udara bersih.

    2. untuk mengekalkan keamanan negara.

    3. untuk menambahkan pendapatan negara.

    4. untuk kegunaan generasi akan datang.

  5. Perkataan ekosistem mempunyai maksud yang sama dengan perkataan

    1. kitaran tenaga.

    2. kebersihan udara.

    3. keseimbangan alam.

    4. kelancaran kitaran air.

SOALAN 2

Bahagian B [ 10 markah ]

(i) Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah mengamalkan nilai murni. Ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

( 10 Markah)

Kerajaan telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai- nilai Murni pada 16 Januari 20015. Apabila menyebut nilai murni, sifat ini merangkumi tingkah laku seperti Amanah, jujur, berdisiplin, bertimbang rasa, bertolak ansur, belerjasama, gigih, saling menghormati, bersemangat patriotic, dan bertanggungjawab. Dalam konteks sesebuah negara, nilai murni perlu ada pasa setiap individu untuk menjamin kejayaan pembangunan negara.

Rakyat yang mengamalkan nilai murni sebagai cara hidup dapat melengkapkan diri dalam menghadapi negara maju. Hal ini berlaku kerana sumber tenaga manusia menjadi input yang paling asas dalam ekonomi negara. Dengan itu, nilai murni dapat memberikan sumbangan ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Disiplin misalnya, amat penting dalam kehidupan seseorang insan. Apabila seseorang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, dia itu akan dapat mengurus kehidupannya dengan teratur dan sempurna. Dia juga dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Seseorang yang memiliki sifat amanah dan jujur pula boleh diberikan kepercayaan melaksanakan sesuatu tanggungjawab. Hal ini demikian kerana individu tersebut mempunyai kekuatan yang dapat menghindarkannya daripada melakukan segala perbuatan keji seperti rasuah dan penipuan. Sifat bertimbang rasa, bertolak ansur, dan bekerjasama juga penting. Dengan adanya sifat sedemikian, negara akan terpelihara dan sentiasa dalam keadaan aman. Seterusnya, jentera pentabiran kerajaan akan dapat berjalan lancar kerana masing-masing tidak bersifat buruk sangka.

Hasilnya, kualiti kerja yang tinggi akan wujud. Kita seharusnya sedar bahawa kemakmuran dan kuasa yang ada tidak akan bermakna tanpa masyarakat yang bertanggungjawab. Kemakmuran yang kita nikmati pada hari ini merupakan hasil perjuagan pemimpin yang terdahulu yang mempunyai semangat jaung yang kental sehingga dapat membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Nilai terpuji seperti kecintaan terhadap tanah air telah menggerakkan pemimpin kita pada waktu itu untuk berjuang mati-matian demi mempertahankan tanah pusaka ibunda.

SOALAN 3

Bahagian C [ 10 markah ]

Susun semula frasa berikut supaya menjadi ayat yang lengkap. (5 Markah)

  1. amat / itu / berbaju hitam / Remaja / rajin. / yang /

  2. lagi. / Puan Masnira / masih belum / menggunakan / berjalan / kerana / kakinya / tongkat / sembuh /

  3. pewarna telur kuning / Kak Siti / kek mentega. / adunan / mencampurkan / ke dalam /

  4. terutamanya / hiruk-pikuk / Pasar borong Selayang / pada waktu / pagi. / sungguh / Suasana di /

  5. sempena / membuat / hari jadinya / Ibu / yang ke-8. / biskut coklat / kegemaran Aishah /

SOALAN 4

Pilih jawapan yang paling tepat. (5 Markah)

  1. Terdapat beberapa ekor  sedang bergayut pada sebatang pokok di taman tasik itu.

    1. lipas C. beruang

    2. kera D. tenggiling

  2. Orang kaya itu sungguh baik hati kerana  sentiasa menolong orang yang dalam kesusahan.

    1. dia C. mereka

    2. beliau D. baginda

  3. Murid yang lebih  sepatutnya duduk di belakang.

    1. pendek C. kurus

    2. tinggi D. miskin

  4. ”Jarak  sini ke rumah saya hanya 500 meter,” kata Andy kepada pemuda itu.

    1. dengan C. pada

    2. daripada D. dari

  5. Mak Karena memasukkan se  garam ke dalam masakannya.

    1. cekak C. cubit

    2. cucuk D. biji

Bahagian D

[ 10 markah ]

Bahagian ini terdiri daripada dua bahagian soalan. Anda dikehendaki menjawab semua soalan.

Soalan 5 : Berdasarkan seloka di bawah, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(5 markah)

  1. Santap beradat, santap istiadat, 4 Ketujuh berkumur-kumur, Santap raja di majlis kebesaran, Ke delapan makan sirih,

    Santap merai, hormat menghormat, Kelat jatuh ke rengkungan,

    Bukan santap hendakkan kenyang, Seri naik ke peroman. Santap santun dengan aturan.

  2. Nasi disuap di tangan kanan, 5 Itulah santap beradat kebesaran, Lauk dibinjat sopan siuman, Di dalam Riwayat zaman yang silam. Sampai ke mulut mamah perlahan,

    Tanda tidak gelojoh makan, Selesai santap nasi –Diiringkan seteguk minuman,

    Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Za’ba

    (Antalogi Bintang Bintang Hati, 2016)

  3. Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suapan kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah,

Keenam mengiringi buah-buahan.

  1. Seloka tersebut memberikan penekanan tentang .

    1. istiadat islam

    2. perlunya menghormati tetamu

    3. sentiasa jujur dalam setipa tindakan

    4. adab dan tatacara ketika makan di sesuatu majlis

  2. Menerusi rangkap yang keempat,  dimakan selepas diselesai menikmati hidangan dan berkumur.

    1. lauk

    2. sirih

    3. halwa

    4. buah-buahan

  3. Setelah nasi dan lauk disuap ke dalam mulut, makanan itu hendaklah

            .

    1. dikunyah perlahan-lahan tanpa gelojoh

    2. dihargai dengan mengucapkan rasa syukur

    3. dihabiskan semuanya sehingga licin

    4. dinikmati dengan penuh perasaan

  4. Berikan bukti nilai baik hati dalam seloka tersebut.

    1. Menjaga kebajikan tetamu.

    2. Membantu menyelesaikan masalah tetamu.

    3. Bersama-sama membersihkan sisa makanan.

    4. Tuan rumah (raja) meraikan tetamu dengan menjamu makanan.

  5. Pada pendapat anda, apakah impaknya jika kita tidak makan secara beradab ?

    1. Makanan cepat habis.

    2. Memalukan tetamu yang datang.

    3. Menyebabkan tercekik kerana makan dengan gelojoh.

    4. Tuan rumah berasa senang hati kerana makanan dimakan dengan cepat.

Soalan 6

Baca sajak Senja di Palang Besi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Senja mula menangis Remang membongkar sendu

Mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya Berlari di celah jambangan bunga berdawai Menari mengikat ramah kekosongan Dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.

Pilu wajahmu sang senja Yang dulu melakar bahagia

Kini merayap sayu membelai jemari malam Dalam keterbuangan yang merangkum Dalam keterasingan yang mencengkam Dalam kesakitan yang membungkam

Tanpa pasir pantai atau silir angin Rentet susun bibir palang besi dingin itu Menjerut resah berteleku dalam hening

Bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan Menghantar pergi erti keriuhan

Jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri Bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian Hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.

Pena Alam

Tunas Cipta, Disember 2010 Dewan Bahasa dan Pustaka

  1. Apakah perasaan penyajak ketika suasana menghampiri malam seperti yang terkandung dalam rangkap terakhir sajak di atas? (1 markah)

    ………………………………………………………………………………………………

    ………………………………………………………………………………………………

    ………………………………………………………………………………………………

    ………………………………………………………………………………………………

  2. Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak? ( 2 markah)

    …………………………………………………………………………………………………………………

    …………………………………………………………………………………………………………………

    …………………………………………………………………………………………………………………

    …………………………………………………………………………………………………………………

  3. Bekas banduan yang dibebaskan dari penjara perlu diberi peluang kedua untuk memulakan kehidupan yang baharu.

Pada pendapat anda, apakah yang dapat dilakukan bagi membantu golongan bekas banduan ini? ( 2 markah)

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

KERTAS SOALAN TAMAT

Online CBSE
Online CBSE

The Central Board of Secondary Education (abbreviated as CBSE) is a Board of Education for public and private schools, under the Union Government of India.

Articles: 29